Mencari Maklumat Dan Penggunaan Microsoft Powerpoint

6 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 05 April 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Mencari Maklumat Dan Penggunaan Microsoft Powerpoint” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pembelajaran kali ini Bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Staf PEDi memberi tunjuk ajar cara mencari maklumat dengan mudah di internet dan cara untuk “Copy Paste” maklumat ke dalam slide powerpoint. Di samping itu, pelajar juga diajar cara untuk membuat “transition” dan “Animation” pada gambar dan juga slide. Selain daripada itu, pelajar juga diajar cara memasukkan background baru untuk slide tersebut supaya kelihatan menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali